BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 18, 2010

tasik tercantik di dunia

Jika anda mahu melihat keindahan alam paling cantik di muka bumi ini, silalah datang ke Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Tasik ini diwartakan sebagai Taman Negara tertua di Eropah yang mempunyai 16 tasik yang membentuk Taman Negara Tasik Plitvice.


Tasik-tasik ini di kelilingi oleh 3 gunung. Dipercayai tasik-tasik ini mempengaruhi warna ketiga-tiga gunung itu. Warna gunung berubah mengikut musim dan kuantiti mineral di dalamnya. Ada kalanya gunung akan bertukar warna kepada hijau, biru dan kelabu. Cahaya matahari juga mempengaruhi keadaan ini.


Anda akan berasa kagum keindahan tasik yang mengalir melalui gunung-ganang di Croatia ini. Tasik ini menjadi daya tarikan pelancong sejak abad ke-19 sebelum diwartakan sebagai Taman Negara.


Tasik yang bersempadan dengan Bosnia dan Herzegovina pernah menjadi tapak berek tentera Bosnia suatu ketika dahulu dan kemudian UNESCO mengubah kawasan ini sebagai tapak warisan dunia.


Terdapat dua belas tasik di bahagian atas dan empat tasik di bahagian bawah yang terbentuk daripada gunung-ganang itu. Sekali-sekala, anda dapat melihat ikan berliuk-liuk di permukaan tasik manakala serigala dan rusa keluar dari hutan membongkok di tasik untuk menghilangkan kehausan.


Tasik Plitvice adalah ciptaan Tuhan yang tiada bandingnya di muka bumi ini. Tasik ini memang layak di gelar sebagai 'syurga dunia'.

2 comments:

Nur Nabilla binti Sazali said...

lawa lawa !
subhanallah !

trekking in nepal said...

Didn't understand a word on the articles but they are some of the most amazing pictures I've seen. I'd love be in those places. What place is that anyway? please tell me in english :)