BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 18, 2010

tasik tercantik di dunia

Jika anda mahu melihat keindahan alam paling cantik di muka bumi ini, silalah datang ke Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Tasik ini diwartakan sebagai Taman Negara tertua di Eropah yang mempunyai 16 tasik yang membentuk Taman Negara Tasik Plitvice.


Tasik-tasik ini di kelilingi oleh 3 gunung. Dipercayai tasik-tasik ini mempengaruhi warna ketiga-tiga gunung itu. Warna gunung berubah mengikut musim dan kuantiti mineral di dalamnya. Ada kalanya gunung akan bertukar warna kepada hijau, biru dan kelabu. Cahaya matahari juga mempengaruhi keadaan ini.


Anda akan berasa kagum keindahan tasik yang mengalir melalui gunung-ganang di Croatia ini. Tasik ini menjadi daya tarikan pelancong sejak abad ke-19 sebelum diwartakan sebagai Taman Negara.


Tasik yang bersempadan dengan Bosnia dan Herzegovina pernah menjadi tapak berek tentera Bosnia suatu ketika dahulu dan kemudian UNESCO mengubah kawasan ini sebagai tapak warisan dunia.


Terdapat dua belas tasik di bahagian atas dan empat tasik di bahagian bawah yang terbentuk daripada gunung-ganang itu. Sekali-sekala, anda dapat melihat ikan berliuk-liuk di permukaan tasik manakala serigala dan rusa keluar dari hutan membongkok di tasik untuk menghilangkan kehausan.


Tasik Plitvice adalah ciptaan Tuhan yang tiada bandingnya di muka bumi ini. Tasik ini memang layak di gelar sebagai 'syurga dunia'.

Thursday, October 21, 2010

air terjun tercantik di dunia

“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur, di dalam kebun-kebun itu kamu perolehi buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan.”

Surah al-Mu’minun (18-19).


alangkah beznye kalo kt dpt menjejak kaki ke air terjun2 yg tertinggi dan tercntik kat dunia.. kepade ahli2 trekker boyz, da bnyk duit nnti, kt g tawan air terjun2 ni plak ye..hehehe.. papehal, abihkan kat dlm malaysia dlu ye..hehehe.. ni la antare2 air terjun pling mantop kat dunia ni...!!

Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.


Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.

Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

so tu la antare air terjun yg terlawa n termantop sekali kat dunia ni..memang terbaik..!!!

Friday, June 18, 2010

Ekspidisi Gunung Ledang

Ekspedisi Gunung Ledang telah berjaya di nobatkan pada 10/5/10 bersama kelompok 7 teman seperjuangan dari Asasi Sains UIA dan seorang pemandu arah professional.


Trekker boys akhirnye berjaye mencapai target untuk hiking di gunung ledang pade cuti sem 3 yg lepas.. aku n the geng, iaitu mizi, haziq, paan, kenit, dagor,n abdullah afeeq telah bertolak dari rawang tepat kul 12 tgh hari, lepas selesai beli brg2 mknan utk projek ktorg ni..ktorg target smpai tangkak dlm kul 4 cmtu r..haziq n mizi plak gerak dari seremban terus g tangkak, n paan amek diorg kat sane..dlm kul 4 lebeyh cmtu, ktorg smpai tangkak n jumpe ngan diorg dlu..tbe2, kete kenit lak wat hal..bateri kong pulak da...xpsl2 10 inggt mlayang ditiup angin..hee..

pas settle psl kete ni, ktorg trus gerak g pjabat perhutanan gunung ledang utk dftar diri.. so seb bek org2 sane tggu ktorg..hee..pas settle sume, bru lah ktorg angkut brg2 g tapak khemah..so 1st night ni, tdo bwh la dlu..sok pagi, bru lah start mendaki..hee..so mlm tu mcm2 la ktorg wat, masak, makan, wat banner, pastu lepak2 n tdoq..hee.. seb bek nyamuk xe..hehehe..

so pagi soknye, dago n mizi awal2 lagi da bgn siap kan brekfes..so pas mandi, n kemas2 tapak khemah ni, kami bersiap utk mndengar briefing dari org yg bertugas tu..


so ktorg telah diberi briefing laluan mane yg kami akan gunekan utk smpai ke campsite atas tu.. n kami telah difollow oleyh sorg guider bername abg Jali..hehehe.. mmg sporting abg jali ni..hee.

pendakian ktorg bermula dengan mendaki menaiki tangge impian.. tangge impian ni ade 739 anak tangge..kalah batu cave tu dowh..ahah..hah abih je anak tangge tu, aku da mule rase pening da..mybe starting da mendaki kot..xmcm gunung angsi dlu..mule2 relek, n bru start mendaki..tp len plak ngan gunung ledang ni..trek die spnjang mase mendaki..pergh, aku da mmg rase nak give up da ble smpai CP1 (bukit semput). mmbe sume dok bagi semangat suh aku truskan.."la mir, kt nek slow2 la, jgn pressure2 sgt, xlarat kt brenti.," haha..tu lah kate2 abg mizi..hee..


so smpai je CP2 (lagenda trail), rehat lame la cket kat cni..hee..dari tangge mahligai ke CP2 ni amek mase sejam lebeyh gak la..


kami mneruskan perjalanan ke cp3(bukit orkid)..dari cp3 pula, kami telah mnggunakan laluan shortcut utk ke campsite..sume xsaba2 nak smpai campsite..sume mmg da xlarat da ni..hehehe..

akhirnye ktorg smpai gak ke campsite pade kul 4..bermakne, dari tangge mahligai ke campsite amek mase 5 jam nak smpai..pergh..so ktorg relek2 dlu..pasang khemah, n wat la ape2 yg patot sblum nak nek puncak pulak..

so ktorg truskan pendakian ke puncak dlm kul 5.. ktorg terpakse melalui taman dewa dewi, kem senget sebelum smpai ke puncak.. dan akhirnye kami berjaye smpai ke puncak tepat kul 6 petang..pergh puas ati la ble da smpai puncak..subhanallah, pemandangan die mmg cantik..udare plak sejuk..mmg bez..


akan bersambung.....heee..